Kita kat mana?
MAsih di dapur kita...
Kita nak share sikit pasal aktiviti memasak yang 1 lagi ni
Kali ni kita berjaya masak...
Bergedil!!
Heheheheheheh
Kita mmg sangat2 suka makan bergedil ni sebenarnya
Tu yang nak try buat sndiri..
Mesti ada yang cakap..
Alahhh bergedil je kot..
Senang sangat!!
Hehehehehehe
Mmg senang sebenarnya beb!
Ni dia...
Perghhhhh..
Mmg puas hati la dapat makan bergedil dengan air tangan sndiri ni..
Boleh letak ayam lebih daun bawang lebih
Semua boleh alter sendri ikut kesesuaian tekak kita..
Mmg terbaik
heheheheheheh ( perasan pulak tapi mmg sedappppp)
* Resepi Mudah Cara Kita
Kentang - ikut suka berapa biji yang kita nak
BAwang merah
Isi Ayam
Daun Bawang
Garam
Telur
- Kita rebus kentang dulu... Kalau nak goreng pun boleh
- Rebus kan Ayam juga - Nak goreng pun boleh
- Lepas dah empuk angkat kentang kita lenyek2 kan dia
- Lepas ayam empuk kita hempuk kan dia (heheheheh) - kita koyakkan2 isi dia
- Goreng bawang merah dalam kuali panas
- Angkat bawang dan toskan minyak dulu
- Masukkan bawang ke dalam kentang yang kita lenyek kan
- Potong daun bawang dan masukkan juga dalam kentang lenyek tadi
- Masukkan isi ayam rebus tadi tu
- Masukkan garam / lada sulah secukup rasa
- Bulat2 kan kentang tu
- Celup dalam telur yang dah dipukul
- Gorengkan dia!!
Siap untuk dihidang!!
Luch tu kita masak Lemak Cili Api Udang Galah, Bergedil Power, Sayur Campur, Ikan Masin..
Jom Makan!!






No comments:
Post a Comment